Sabtu, 8 Oktober 2011

peringatan

Assalamualaikum wbt..


Wahai sahabat² seagama
denganku .. Tolonglah ambil

masa 3 minit untuk baca note
ini . 3 minit je, tak lama pun ..
Mungkin ada yg pernah baca
kisah ni tapi tak salah kalau
kita ingatkan sekali lagi ..

Dengan Nama ALLAH yg Maha
Pemurah lagi Maha Pengasih …
Bayangkan benda ini berlaku
pada anda ..
Suatu hari pada masa
Sembahyang jumaat yg di
hadiri oleh lebih kurang 1,000
jemaah .. Tiba² masuk dua
orang lelaki yg menutupi
seluruh tubuhnya dengan
pakaian hitam .. Tak nampak
apa cuma dua biji mata and
membawa mesin gun .. Lalu
salah seorang lelaki tu
bertempik “ Sesiapa yang
sanggup MATI kerana ALLAH
sila berdiri di tempat kamu ” ..
Selepas mendengar amaran
lelaki itu maka segeralah
bertempiaran lari para jemaah
itu utk menyelamatkan diri ..
Daripada jumlah yg 1,000 tadi
tu hanya tinggal lebih kurang
20 orang sahaja yang masih
berdiri di tempat masing²
termasuk Pak Iman tu .. Lelaki
yang bertempik tadi segera
membuka tutup mukanya lalu
melihat ke arah Pak Imam
sambil berkata “ Ok Pak Iman ,
saya dah halau SEMUA yang
hipokrit , sekarang bolee lah
Pak Iman mulakan sembahyang
Jumaat ” .. Lalu kedua lelaki
tersebut berpaling dan
meninggalkan jemaah ..
Macam mana .. Adakah anda
rasa lawak dgn cerita di atas ..
Selain terhibur anda
fikirkanlah …
“ Lawak kan , dari 1,000 orang
yg mengaku dia Islam , hanya
20 yg betul-betul BERIMAN … “
“ Lawakkan berapa banyak
manusia yg mudah lupakan
ALLAH bila menghadapi
bahaya .. Kedua lelaki hanya
membawa mesin-gun .. Dia tak
kata pun nak bunuh .. Tapi
generasi sekarang .. Amat
lemah .. Baru kena ugut terus
lari lintang pukang .. Lupa yg
dia tak sembahyang jumaat
lagi .. ”
“ Lawak , ada juga yang
agamanya cuma seminggu
sahaja .. Tu pun bila time
sembahyang jumaat .. Tunjuk
muka kat orang kampung ..
Ada tu lagi dashyat setahun 2
kali jaa .. Bila time
sembahyang raya .. ”
" Lawakkan , ramai orang
percaya kepada gosip dan apa
yang di tulis oleh surat khabar
daripada apa yang tercatit
dalam al-Quran ”
“ Lawakkan , berapa ramai yg
percaya dunia hanya
sementara , akhirat adalah
tempat yang kekal , tapi
berlumba² mengejar dunia .. ”
“ Lawak , kita bolee
bersembang dengan boyfriend
atau girlfriend berejam-rejam
tapi nak berdoa kepada ALLAH
alahai .. Tak cukup masa .. "
Dan lebih lawak lagi , bila kita
boleh post banyak thread atau
note yang berunsur lawak
jenaka dan lucah kesemua
tempat tapi merasa berat nak
berkongsi dan nak hantar
artikel² yang berunsur agama
Lawak kan ?? Kenapa ? Gelak
tu kan realiti ..
Tapi yg paling lawak sekali ..
Berapa orang yg lepas baca
benda ni akan sampaikan kat
orang lain .. Berapa orang
yang akan buka thread ni
untuk luangkan masa
membaca ? Berapa banyak ??
Wallahualam .. Sebarkanlah ..
Tak perlu minta izin .. Moga
bermanfaat ..
Boleh share untuk manfaat
bersama...