Rabu, 13 Februari 2013

Valentine Day

Assalamualaikum

ari nie 13 Feb.. esok 14 Feb.. wei.. ari jadi EIYNAH CIPUT CEDUT lah..
wakaka... my ketukwe 2013 =3

hurm... agok2nye semua org tau ork yg 14 Feb nie 'VALENTINE DAY'
atau base melayu org sebut 'HARI KEKASIH' 
org Ganu lok sebut 'ARI KASSIH' hahha... 'S' tu kene sabddu k 

--------------------------------------------------------------


Sejarah Valentine Day
Valentine adalah nama seorang pendeta Nasrani yang hidup di abad ke-3 Masehi. Hari Valentine adalah semata-mata perayaan agama Nasrani atau penganut Kristian yang bertujuan untuk mengenang salah seorang tokoh mereka.
Ensiklopedia Katolik menyebut tiga riwayat berkaitan Valentine, tetapi yang paling terkenal adalah apa yang disebutkan sebahagian kitab mereka yang menyatakan bahawa pendeta Valentine hidup pada abad ke-3 Masehi pada masa pemerintahan Maharaja Rom Kalaudis II.
Pada 14 Februari 270 M, maharaja ini menjatuhkan hukuman mati ke atas pendeta tersebut kerana menentang pemerintahannya. Kesalahan pendeta tersebut kerana telah mengajak masyarakat kepada agama Nasrani.
Riwayat lain menyatakan, maharaja memandang bahawa askar bujang lebih sabar dalam peperangan berbanding mereka yang sudah berkeluarga. Para suami selalu berusaha menolak untuk pergi berperang. Oleh kerana itu, maharaja mengeluarkan perintah yang melarang perkawinan, akan tetapi pendeta Valentine menentang perintah itu dan tetap melakukan perkahwinan di gerejanya secara sembunyi, hingga diketahui pemerintah lalu memerintahkan penangkapan terhadap pendeta itu dan memenjarakanya.
Dalam penjara pendeta berkenalan dengan seorang gadis, puteri salah seorang penjaga penjara. Gadis itu mengidap satu penyakit, lalu bapanya meminta kepada pendeta agar menyembuhkanya. Setelah diubati, tak lama kemudian gadis itu sembuh –sebagaimana yang diceritakan dalam riwayat itu- dan pendeta itu jatuh cinta kepadanya. Sebelum dihukum, pendeta telah mengirim kepada si gadis itu satu surat yang tertulis: “Dari yang tulus Valentine.“ Sebelum kejadian itu juga gadis tersebut telah masuk agama Nasrani bersama 46 orang kerabatnya.
Riwayat ketiga menyebut bahawa suatu ketika agama Nasrani tersebar di Eropah, terdapat satu bentuk ritual keagamaan di salah satu kampung yang menarik perhatian para pendeta, di mana para pemuda desa berkumpul di pertengahan bulan Februari dalam setiap tahun. Mereka mencatat seluruh nama gadis desa lalu memasukannya ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda diberi kesempatan untuk mencabut satu nama, dan nama gadis yang keluar itulah yang akan menjadi kekasihnya sepanjang tahun itu. Mereka padaketika itu terus mengirim kepada si gadis sepucuk surat tertulis di atasnya: “Dengan menyebut nama Tuhan Ibu aku kirim kepadamu surat ini“. Hubungan cinta ini berlanjutan sehingga melewati satu tahun.
Para pendeta memandang bahwa ritual tersebut dapat mengukuhkan akidah orang-orang Rom, dan mereka menyedari bahawa ritual ini sukar untuk dihapuskan, oleh itu mereka menetapkan untuk megubah kalimat yang diucapkan para pemuda itu dari “Dengan menyebut nama Tuhan Ibu“ menjadi: “Dengan menyebut pendeta Valentine,“ sebab ia adalah simbol Nasrani, dan dengan cara itu mereka dapat mengaitkan para pemuda ini dengan agama Nasrani.
Ada yang menyebut sejarah sambutan Hari Kekasih, termasuk yang dikaitkan dengan pesta sambutan Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia, kisah mubaligh Kristian Saint Valentine dan juga sempena musim mengawan burung pada 14 Februari.
Itulah beberapa gambaran kisah disebalik Hari Kekasih @ Valentine Day dan semua berkaitan agama Nasrani @ Kristian.
 Hukum Sambutan Valentine Day

Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada 2005 telah memutuskan bahawa sambutan Hari Kekasih adalah haram bagi seluruh umat Islam.

Sebagaimana yang telah termaktub di dalam Al-Qur’an dan As-Sunnah dan disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Ini sebagaimana yang firman Allah S.W.T.:

Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. (Al-Hajj : 67)

Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda:

“Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” (Hadis riwayat al-Nasaai, no: 959.)
Oleh itu hendaklah umat Islam hanya membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu 3 kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Mawlid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Qur’an dan lain-lain lagi.
Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabdanya: Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka.  (Hadis riwayat Imam Abu Dawud, 3512.)
Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini turut diikuti dengan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan, membuang masa dengan berpeleseran ke tempat-tempat yang tak tentu hala malah mencurigakan dan membazir wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal.
Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Syaikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar.”
Tidak dapat dinafikan pergaulan bebas ketika sambutan Hari Valentine ini membuka pintu perzinaan sedangkan Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan. Firman-Nya:
“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” (Al-Israa’ : 32)
Sorry V̶a̶l̶e̶n̶t̶i̶ne̶ D̶a̶y̶ . I'm Muslim


Sabtu, 2 Februari 2013

Buat Temanku

Assalamualaikum

Buat TEMANKU.. 
tiada MANUSIA yang MAMPU melarikan diri dari mempunyai MASA LAMPAU yang GELAP.. 
tidak kira kita BAIK atau JAHAT pada awalnya.. 
sebagai manusia, kita MUDAH TERGODA untuk MELAKUKAN KESILAPAN 
walaupun kesilapan itu KECIL sahaja.. jangan disebabkan kesilapan itu, 
kita MELEBURKAN IMAN dari hati.. MEMBUANG PELUANG untuk 
PERBAIKI DIRI dan terus TENGGELAM dalam DOSA dan NODA.. 
dan jangan kerana MERASA kita MANUSIA BERDOSA, 
kita TIDAK LAYAK untuk MENJADI BAIK di MASA HADAPAN.. 
MEMBETULAKAN KESILAPAN adalah langkah pertama untuk kita 
MENCORAKKAN MASA DEPAN yang LEBIH BAIK..

" Senyuman Sahabat itu tidak ternilai harganya,
apatah lagi jika dia tersenyum disebabkan kita. "



Sincerely,
Your Friend, Keymah Wanie

Jumaat, 1 Februari 2013

Couple punca Zina??


Assalamualaikum..

tumpang tnya best ke COUPLE???
ape yg anda dapat bile COUPLE???
adakah dapat kasih sayang LEBIH???
alamak!! manyak pulak aku tanya pasal COUPLE ari nie..
Adoiyaa!!
hurm... btw
aku ngn kwn2 aku slalu mndefinisikan bahawa 
'remaja2 yg suka COUPLE nie x cukup kasih sayang Ibu Bapa'
maaf lah kalau terase
tpi bak kate pepatah kan
"sape mkn jering,mulut ye berbau"
hahahha

Couple adalah dianggap punca utama ZINA..
Astaghfirullahalazim

''Couple'' benda ni yg dok paling hangat d kalangan remaja skrg ni. 
''perh!! xbole kalau tak dak bf/gf, bagi mereka mungkin wajib kot! 
Tambah2 yg prempuan, 
''mama2, adik nak p tuisyen jap, petang nanti adik balik"
 padahal keluaq dating ngan laki. Sanggup bohong mak pak semata mata nk dating ngan jantan? Dasat2!! hahhaa
 kena bercinta dulu baru kenai hati budi, hati budi org sapa yg tau? 
Allah Taala ja yg tau la. 
Bila dah kenai hati budi mula la percaya bergalang-galang, 
pegang tang mana pun semua bagi, hati budi nape mcmtu? baguih ka? 
Adoiya!! Maksiat tu maksiat tu. Tp aku heqan lar, 
bole pulak jelous tengok org duk berkepit jantan tina sweet2 la katakan, 
yg duk jelous tu tak terpikir pulak yg perlakuan depa jelous tu Haram! 
duk sweet sebelum kawin buat epa nanti lepas kawin takdok doh sweet2 tu, 
semua dah lalui sebelum kawin nak ada pa dah,
Bila single sibuk lah update status "HI! SAYA DAH SINGLE'' 
nampak sgt dok promot diri kan? 
Depa kata wajib biaq p kt depa. Haha

bukan diri ini tak percaya pd cinta tp nk elakkan maksiat.

BERCINTA TAK IKUT CARA ISLAM ADALAH HARAM, FAHAM?
Wallahualam..

kalu pening mohon tnya Ustaz/Ustazah anda dekat skolah ataupun mne2 ea ^^

Entri sebelum nie : Couple itu Haram
Tambahan Ilmu : Iman Muda bersama Dr 'Love'


Rasulullah- Hijjaz



Assalamualaikum

 ( 1 )

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran



Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya



( korus )
Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran



Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu



Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela


( ulang korus & 1 )