Khamis, 12 Jun 2014

Tak Sangka


" Saya dah deactive akaun fb saya. Ada sebab-sebab tertentu dan nombor ni pun mungkin saya tak pakai dah "

" Owh.. adik nak guna nombor baru ke dah tak pakai handphone dah?"

" Dah tak pakai apa-apa dah "

" Pasai apa? putus cinta? "

" Taklah. Cuma nak tenangkan fikiran je. Ada masalah sikit, Nak lari jauh dan cuba nak balik ke pangkal jalan "

" Lari tak menyelesaikan masalah. Akak tak bermaksud nak masuk campur. Banyak-banyakkan berdoa. Allah uji tanda Allah sayang adik. "

" Thanks kak. Nanti adik cuba selesaikan. "

-Sent: 27 November 2013

Mesej terakhir dengan Arwah sebelum Arwah pergi menghadap Sang Pencipta akibat kemalangan jalan raya.. Innalillahi Wainnailahi Rajiun.
Aku kenal dia lebih kurang 3 tahun. 
First2 dia ni macam sosial lah jugak sikit. Lepas tu lama2 dia ni dah berubah. Makin dan semakin baik.
Erk! bukan nak kata aku ni baik.
Kita orang sebenarnya jarang berhubung, Walaupun online facebook pada masa yang sama.

Semoga tenang disana dik. Semoga dapat bertemu dengan Bidadarimu. Doa kami disini sentiasa mengiringimu.

-------------------------------------------------------------------
TAK SANGKA!

Semalam baru je aku duk chatting dengan dia dekat facebook. Tak Sangka dia dah tak ada.

Baru je aku sebut2 nama dia. Tak sangka sekarang dia dah ada depan mata aku.

Tak sangka yang jodoh kita sebenarnya dengan orang yang rapat dengan kita jugak. 

Tak sangka selama ni awak khianati saya.


Banyak perkara yang kita tak sangka akan terjadi dalam kehidupan kita sebenarnya.
Tak sangka itu. Tak sangka ini.

Satu je perkara yang kita kena ingat. Jangan mengeluh.
Sebab?
Sebab kita hanya seorang hamba Allah yang sering dan selalu diuj.
Kadang2 kita hanya merancang apa yang kita rasa itu terbaik untuk kita.
Tapi Allah yang menentukan segala-galanya. Allah lah sebaik-baik perancang. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Jangan salah kan Qada' dan Qadar.

Bila ada suatu kematian orang yang kita sayang mesti kita fikir 'Allah lebih sayangkan dia daripada aku.'
Sebenarnya Allah pun sayang kita. Allah uji kita dengan menarik orang yang kita sayang.
Allah nak tengok kita sayang Allah atau makhluk Allah lebih.

Tetapkan hati. Semoga tabah menghadapi cabaran.
Salam Nisfu Sya'aban.

New ask.fm http://ask.fm/hakimahazmi . Sudi2 lah menjenguk! ^^

Salam 'Alayk!