Sabtu, 18 Oktober 2014

Crayon Cinta

 


Hidup ibarat sekotak krayon,
Memiliki warna yang berbeza tapi peranannya tetap sama.
Iaitu menceriakan hidup kita.

Ingat tak lagi time dulu2 kita selalu keluar bersama, bergelak ketawa.
Bila time susah, semua pakat tolong.
Kadang2 menggila pun sama.

Hahaha... Rindu.
Ya, rindu sungguh akan kenangan.

Cinta..
Aku masih dalam mencinta.
Cinta akan detik kenangan bersama.

Andai bisa ku putarkan waktu, ingin sekali aku rakamkan segalanya.
Menangis, ketawa.
Ya, kita bersama.

Tapi sekarang aku ingin putuskan.
Biar kan aku memendam rasa ini seorang diri.
Biarkan aku menanggungnya sendiri.
Andai ia mengembirakan hati.

Aku ego. Haha.. betul!
Aku akuinya

Buat teman, buat sahabat.
Andai suatu ketika, coretan ini sampai kepadamu,
andai ini membuatkan mu terguris.
Maafkan aku. Maafkan aku.

Ukhuwah terbina keranaNya.
Weh!! nanti kalau kau tak nampak aku kat Syurga.
Jangan lupa cari dan tarik aku.

Sungguh.. Aku masih dalam mencinta.

Sakit ?



Kehidupan dunia ini seimbang.
Ada sihat, ada juga sakitnya.
Ceria, sedih menjadi pasangannya.
Hidup, mati menjadi matlamatnya.

Mainan psikologi mungkin bila sakit mesti teringat mati.

Nak sihat, kena makan ubat. Ini usaha mencari jalan untuk sihat.

Harus ingat Allah yang menyihatkan bukan ubatnya.

Bila sakit, berbaik sangkalah.
Jangan hanya tahu mengeluh.

Sakit..
Moga ini menjadi kafarah,
penghapus dosa-dosa yang lalu,
yang kian hari kian bertambah.

Sesungguhnya sakit, musibah, ujian itu adalah kafarah dosa.

Sakit ?
Bersabarlah. Mudah-mudahan cinta kita kepadaNya makin bertambah.