Selasa, 22 September 2015

Terakhir Kali


Andai ini yang terakhir kali
Mampukah lagi menyalahi diri
Membawa suratan diari
Menyelami selat hati,

Andai ini yang terakir kali
Mampukah lagi aku berdiri
Sendiri mengecapi mimipi
Lebih baik sebelum ini.

Salah aku berdiam diri?
Tanpa ada suatu perkongian
Hanya sibuk memendam rasa
Sampai diri terluka.

Andai tiada saat lagi
Sepuluh jari ku susun meminta kemaafan
Seikhlas hari
Dari lubuk nurani.

Andai ini coretan terakhir.
Sedari lah.
seni özlüyorum.
 

Sabtu, 6 Jun 2015

Penipu



"Kau penipu."

Kata-katanya bagai peluru menembusi dada. Pedih! Cukup pedih!
Tapi Ath masih bersabar menunggu sambungan kata-kata Min.

"Kau tipu aku. Kenapa kau tak bagitahu aku yang selama ini kau sakit? Kau juga yang pernah kata tiada rahsia antara kita. Kenapa kau tipu aku?"

Ath senyum. Dia pasti sudah tentu teman sebiliknya telah membaca diarinya.

"Aku tak bermaksud nak tipu kau tapi aku tak nak kau sakit tengok aku macam ni. Lagi pun aku dah tak lama kan.

"Kau kata kita kawan. Tapi kau buat aku macam ni. Dah berapa lama kau simpan perkara ni sorang-sorang? Parents kau dah tahu? Sanggup kau tanggung sakit ni sorang-sorang?"

Ath masih lagi senyum. Dia menggeleng menandakan tiada siapa yang tahu akan penyakitnya.
'sebab ni lah aku tak nak bagi tahu kau. Mesti lepas ni kau asyuk membebel je pasal penyakit aku.'

"Agaknya kalau aku tak curi baca diari kau sampai bilalah kau nak simpan rahsia ni sorang-sorang"

***

Selepas itu Ath masih lagi meneruskan kehidupannya seperti biasa. Menanggung deritanya sorang-sorang. Batuk berdarah tu dah macam life dia. Aku pun tak faham dengan minah ni. Dah lah susah nak makan ubat.

Dan sekarang Ath tengah terlantar dekat katil hospital. Dah 3 bulan.

Ath, betul aku sakit tengok kau sakit. Kau lah satu-satunya sahabat aku. Aku tak tahu kalau aku tak jumpa kau mesti sekarang ni aku tengah melepak tepi jalan macam dulu-dulu.

Kau lah sahabat aku, Stay strong Ath. Aku masih perlukan kau.
                                                     
                                                                                                                                        -Min

Jumaat, 9 Januari 2015

Tautan Rindu

"Kau tau tak syarat untuk mati tu apa?"

"Tua."

"Tak."

"Dahtu sakit?"

"Pun tak jugak. Syarat untuk mati ialah hidup. Kau tau kan lagu ingat 5 perkara sebelum 5 perkara, salah satunya ialah hidup sebelum mati."

"Kenapa bukan sakit atau pun tua?"

"Kau pernah dengar yang orang sakit kanser tapi boleh hidup sampai sekarang. Malah lebih sihat daripada kita? Kau pernah dengar baby yang tak sempat lihat dunia tapi dah kembali kepada Penciptanya? Ini semua kuasa Allah. Bila Dia menghendaki sesuatu semuanya bisa terjadi. Kun Fayakun!"

"Kau tengah rindu seseorang?"

"Ya! Aku sedang merindu dan dirindui."

Nota Buat Diri

AKU...
Yang kononnya sibuk kenal diri untuk kenal Sang Pencipta.

Yang kononnya tengah belajar sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.

Yang kononnya sibuk fikirkan masa depan.

*mengeluh*

"Tak baik mengeluh. Allah kan ada. Walau seberat mana pun ujian yang menimpa kita kena reda."

"Aku tahu. Aku faham. Allah uji aku sebab Allah sayang aku kan? Sebab Allah tahu aku mampu kan? Sebab Allah rindu aku kan?"

"Betul. Allah tak kan bebankan hambaNya melebihi kemampuan kita. Kau janji dengan aku pegang erat tangan aku sampai bila-bila ok."

"InshaAllah aku janji. Ukhuwah till Jannah. Ana Uhibukki fillah abadan abada."

"Ana aidon"