Isnin, 21 November 2011

Couple



video nie aku bedal kat utube..
huhuhu...
korg wajib tngok ea...
x tngok, x tahu..
^__^

Jumaat, 11 November 2011

BiNgKiSaN cInTa


Nie ak nk share sal BINGKISAN CINTA


Kehidupan memang tidak pernah sepi dengan masalah,tidak pernah sunyi dengan cabaran.







Kadangkala org yg paling mencintaimu adalah org yg tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana org itu takut dikau berpaling dan menjauhinya. Dan bila di suatu dia hilang dari pandanganmu….
 Dirimu akan menyedari bahawa dia cinta yang tidak pernah kau sedari…
Cinta suatu yg indah, cinta boleh buat kita gundah, cinta boleh hati berdarah dan jua boleh membawa kesalan yang tidak sudah.




Deru angina bagai memberi panawar
Dan ombak turut memberitahu
Bahawa kesetiaan pada pantai itu penting
TENANG
Satu ungkapan yg senang dilafaz Tapi sukar untuk dimiliki.




Bukan kerana dikau hadir
Tapi takdir yg menyeru engkau datang
Segalanya bagai persinggahan sementara
Lunak dan sepi berirama riang
Gemersik menyambut kedatangan
ANEH
Satu kejadian di luar jangkaan
Cinta Kebetulan?
Dia cinta pertama
Tiada dua atau tiga
Mana mungkin ia satu kebetulan.





Though you’re far away
I am here to stay
For you are not alone
For I am here with you
Though we’re far apart
You’re always in my heart.




Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kapada yg melukai perasaan kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yg terluka.
Kemaafan yg deberi dengan ikhlas umpama pisau bedah yang  mampu membuang segala parut dan luka emosi agar tidak merebak hingga menyebabkan diri kita tegar. Sesungguhnya Allah amat memuliakan insane yg memberi kamaafan kepada insan lain kerana kita sendiri juga pasti melakukan kesilapan.






Cinta datang kepada org yg masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yg masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yg masih ingin mencintai, walaupu mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yg mempunyai keberanian edan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan cinta dan hikmahnya yg bakal diperolehi..



Tiada kata tanpa suara
Tiada bisikan tanpa bicara
Hatiku berdetik seribu bahasa
Hendak dirayu tiada tempatnya
Handak menangis tanpa sebabnya
Sekelumin hati yg ada
Entah apa tujuannya,
Semoga terukir saying pada jenih matamu,
Semoga terpahat cinta dalam hatimu,
Diriku sanggup menanti walau seribu tahun lagi.


Ok..
that's all..
take care~~



Sabtu, 5 November 2011

Kebesaran Ayat Kursi

(ak kutip kat google)
Assalamualaikum...

Nie plak psal "Kebesaran Ayat Kursi"

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi beribu-ribu malaikat kerana kebesaran dan kemuliaannya. Syaitan dan Iblis juga nenjadi gempar kerana telah adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasulullah S.A.W. dengan segera memerintahkan Zaid bin Tsabit menulis serta menyebarkannya. Sesiapa yg membaca ayat kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhunya, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, Insyaallah Allah akan terpeliharalahdirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yg akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah S.W.T.

Mengikut keterangan dari kitab "Asraarul Mufiidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimudahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikan pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, sesiapa yg membaca ayat ini sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, Insyaallah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan..

Selamat Beramal.. ^^

Perihal Neraka

(gambaran semaaa-mata)

Assalamualaikum..
Ari nie sye nk share sal "Perihal Neraka"

Rasulullah S.A.W. pernah bertanya kepada malaikat Jibril tentang api neraka. Lalu Jibril pun menceritakan, "Ya Muhammad! api neraka itu berwarna hitam pekat,andaikata api itu terjatuh ke bumi walaupun sebesar lubang jarum,nescaya terbakarlah bumi ini. Baju neraka pula,kalau digantungkan diantara langit dan bumi nescaya akan mati semua makhluk dibumi ini kerana bau busuknya yg tersangat."
Wahai Muhammad! kalaulah semua malaikat menunjukkan rupanya yang asal dan turun ke bumi,nescaya akan pengsan semua penduduk kerana rupanya yg amat menggerunkan.

Sekirannya satu pergelangan dari rantai neraka itu jatuh ke bumi,nescaya rantai itu akan menembusi hingga tajuh petala bumi. Mendengar semua itu, Rasulullah S.A.W. menangis. Jibril pun turut menangis.Melihat Jibril menangis,Rasulullah pun bertanya, "Wahai  Jibril! mengapakah engkau menangis, sedangkan kedudukanmu di sisi Allah amatlah tinggi?"

Jibril menjawab, "Ya Muhammad,tidak ada yg dapat menjamin kedudukanku, sungguhpun kedudukanku sangat mulia di sisi Allah S.W.T. Aku sangat bimbang kalau Allah hendak menguji aku atau mengubah kedudukanku Harut dan Marut dan juga Iblis yg terkutuk . " Walaupun kedudukan Malaikat Jibril sangat dekat kepada Allah S.W.T. namun ia tetap menangis takutkan Allah' tetapi malangnya manusia masih tetap ingkarkan Tuhannya sekalipun telah nyata tanda-tanda kekuasaan Allah dari Al-Quran san Sunnah..

Renung-renungkan dan selamat beramal..
^_^

Sabtu, 8 Oktober 2011

peringatan

Assalamualaikum wbt..


Wahai sahabat² seagama
denganku .. Tolonglah ambil

masa 3 minit untuk baca note
ini . 3 minit je, tak lama pun ..
Mungkin ada yg pernah baca
kisah ni tapi tak salah kalau
kita ingatkan sekali lagi ..

Dengan Nama ALLAH yg Maha
Pemurah lagi Maha Pengasih …
Bayangkan benda ini berlaku
pada anda ..
Suatu hari pada masa
Sembahyang jumaat yg di
hadiri oleh lebih kurang 1,000
jemaah .. Tiba² masuk dua
orang lelaki yg menutupi
seluruh tubuhnya dengan
pakaian hitam .. Tak nampak
apa cuma dua biji mata and
membawa mesin gun .. Lalu
salah seorang lelaki tu
bertempik “ Sesiapa yang
sanggup MATI kerana ALLAH
sila berdiri di tempat kamu ” ..
Selepas mendengar amaran
lelaki itu maka segeralah
bertempiaran lari para jemaah
itu utk menyelamatkan diri ..
Daripada jumlah yg 1,000 tadi
tu hanya tinggal lebih kurang
20 orang sahaja yang masih
berdiri di tempat masing²
termasuk Pak Iman tu .. Lelaki
yang bertempik tadi segera
membuka tutup mukanya lalu
melihat ke arah Pak Imam
sambil berkata “ Ok Pak Iman ,
saya dah halau SEMUA yang
hipokrit , sekarang bolee lah
Pak Iman mulakan sembahyang
Jumaat ” .. Lalu kedua lelaki
tersebut berpaling dan
meninggalkan jemaah ..
Macam mana .. Adakah anda
rasa lawak dgn cerita di atas ..
Selain terhibur anda
fikirkanlah …
“ Lawak kan , dari 1,000 orang
yg mengaku dia Islam , hanya
20 yg betul-betul BERIMAN … “
“ Lawakkan berapa banyak
manusia yg mudah lupakan
ALLAH bila menghadapi
bahaya .. Kedua lelaki hanya
membawa mesin-gun .. Dia tak
kata pun nak bunuh .. Tapi
generasi sekarang .. Amat
lemah .. Baru kena ugut terus
lari lintang pukang .. Lupa yg
dia tak sembahyang jumaat
lagi .. ”
“ Lawak , ada juga yang
agamanya cuma seminggu
sahaja .. Tu pun bila time
sembahyang jumaat .. Tunjuk
muka kat orang kampung ..
Ada tu lagi dashyat setahun 2
kali jaa .. Bila time
sembahyang raya .. ”
" Lawakkan , ramai orang
percaya kepada gosip dan apa
yang di tulis oleh surat khabar
daripada apa yang tercatit
dalam al-Quran ”
“ Lawakkan , berapa ramai yg
percaya dunia hanya
sementara , akhirat adalah
tempat yang kekal , tapi
berlumba² mengejar dunia .. ”
“ Lawak , kita bolee
bersembang dengan boyfriend
atau girlfriend berejam-rejam
tapi nak berdoa kepada ALLAH
alahai .. Tak cukup masa .. "
Dan lebih lawak lagi , bila kita
boleh post banyak thread atau
note yang berunsur lawak
jenaka dan lucah kesemua
tempat tapi merasa berat nak
berkongsi dan nak hantar
artikel² yang berunsur agama
Lawak kan ?? Kenapa ? Gelak
tu kan realiti ..
Tapi yg paling lawak sekali ..
Berapa orang yg lepas baca
benda ni akan sampaikan kat
orang lain .. Berapa orang
yang akan buka thread ni
untuk luangkan masa
membaca ? Berapa banyak ??
Wallahualam .. Sebarkanlah ..
Tak perlu minta izin .. Moga
bermanfaat ..
Boleh share untuk manfaat
bersama...