(ak kutip kat google)
Assalamualaikum...
Nie plak psal "Kebesaran Ayat Kursi"
Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi beribu-ribu malaikat kerana kebesaran dan kemuliaannya. Syaitan dan Iblis juga nenjadi gempar kerana telah adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasulullah S.A.W. dengan segera memerintahkan Zaid bin Tsabit menulis serta menyebarkannya. Sesiapa yg membaca ayat kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhunya, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, Insyaallah Allah akan terpeliharalahdirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yg akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah S.W.T.
Mengikut keterangan dari kitab "Asraarul Mufiidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimudahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikan pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, sesiapa yg membaca ayat ini sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, Insyaallah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan..
Selamat Beramal.. ^^

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Mohon tinggalkan komen anda.. satu ayat pun jadilah ^^