(gambaran semaaa-mata)
Assalamualaikum..
Ari nie sye nk share sal "Perihal Neraka"
Rasulullah S.A.W. pernah bertanya kepada malaikat Jibril tentang api neraka. Lalu Jibril pun menceritakan, "Ya Muhammad! api neraka itu berwarna hitam pekat,andaikata api itu terjatuh ke bumi walaupun sebesar lubang jarum,nescaya terbakarlah bumi ini. Baju neraka pula,kalau digantungkan diantara langit dan bumi nescaya akan mati semua makhluk dibumi ini kerana bau busuknya yg tersangat."
Wahai Muhammad! kalaulah semua malaikat menunjukkan rupanya yang asal dan turun ke bumi,nescaya akan pengsan semua penduduk kerana rupanya yg amat menggerunkan.
Sekirannya satu pergelangan dari rantai neraka itu jatuh ke bumi,nescaya rantai itu akan menembusi hingga tajuh petala bumi. Mendengar semua itu, Rasulullah S.A.W. menangis. Jibril pun turut menangis.Melihat Jibril menangis,Rasulullah pun bertanya, "Wahai Jibril! mengapakah engkau menangis, sedangkan kedudukanmu di sisi Allah amatlah tinggi?"
Jibril menjawab, "Ya Muhammad,tidak ada yg dapat menjamin kedudukanku, sungguhpun kedudukanku sangat mulia di sisi Allah S.W.T. Aku sangat bimbang kalau Allah hendak menguji aku atau mengubah kedudukanku Harut dan Marut dan juga Iblis yg terkutuk . " Walaupun kedudukan Malaikat Jibril sangat dekat kepada Allah S.W.T. namun ia tetap menangis takutkan Allah' tetapi malangnya manusia masih tetap ingkarkan Tuhannya sekalipun telah nyata tanda-tanda kekuasaan Allah dari Al-Quran san Sunnah..
Renung-renungkan dan selamat beramal..
^_^

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Mohon tinggalkan komen anda.. satu ayat pun jadilah ^^