Sedikit perkongsian tentang tips kawal marah. hehe
1. Beredar dari tempat atau orang yang menyebabkan kemarahan. Misalnya percakapan seseorang kawan atau tindakkannya membuatkan kita marah. Jangan panjangkan urusan sebaliknya terus beredar dari situ. Tenangkan Diri...
2. Ikut nasihat yang diberi Rasulullah S.A.W.
- Kalau sedang berdiri hendaklah kita duduk.
- Kalau sedang duduk hendaklah kita berbaring. [Riwayat Ahmad]
Dalam hadis yang lain, seseorang lelaki berkata kepada Nabi S.A.W. " Berikan aku wasiat, " Baginda bersabda : " Janganlah engkau marah, " Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda : " Janganlah engkau marah, " [Riwayat al-Bukhari]
3. Apabila marah menguasai diri, cepat-cepat ingat bahawa akal dan pemikiran kita ketika itu tidak stabil. Setiap yang diputuskan lebih banyak salah daripada betul. Percakapan lebih banyak daripada perasaan dan bukannya hasil fikiran.
Lebih Teruk lagi berdasarkan kajian, setiap kali kita marah, sel antibiotik yang mengawal badan daripada dijangkiti penyakit akan jatuh merudum 10% sahaja.
Ini bermaksud, setiap kali marah badan kita mudah diserang penyakit. Sebab itu, kalau kita tengok drama televisyen, adegan marah dan sakit jangtung mesti dipadankan sekali..
4. Setiap kali hendak marah, fikirkan sama ada marah itu boleh selesaikan masalah atau tidak. Takut nanti orang yang dimarahkan tidak ada apa-apa, kita yang marah ini pula yang rasa sakitnya..
4. Setiap kali hendak marah, fikirkan sama ada marah itu boleh selesaikan masalah atau tidak. Takut nanti orang yang dimarahkan tidak ada apa-apa, kita yang marah ini pula yang rasa sakitnya..
MARAH KERANA ALLAH
Kita boleh memilih sama ada marah keterlaluan, tidak marah ataupun boleh mengawal marah. Dan orang yang paling kuat antara kita adalah yang boleh menahan marahnya.
Perkara ini ada disebut dalah hadis yang berbunyi:
" Orang yang kuat bukanlah petinju, tetapi orang yang mampu mengawal diri ketika dia marah."
[ Riwayat al-Bukhari]
Marah yang terpuji, ialah marah kerana Allah atas dasar kita tidak suka sesuatu yang juga tidak disukai Allah dan RasulNya. Pujuk hati dengan bersabar dan memaafkan serta berfikir bahawa manusia tidak terlepas daripada kesalahan.
Ini jalan keluar daripada perasaan tidak selesa yang berada di hati.
Semoga Allah pelihara kita daripada marah yang bukan kerana Allah..
Amin....
Yang baik datang daripada Allah dan yang buruk datang daripada kesalahn diri saya sendiri...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Mohon tinggalkan komen anda.. satu ayat pun jadilah ^^