Sabtu, 26 Oktober 2013

4 Tips Kawal Marah

Sedikit perkongsian tentang tips kawal marah. hehe

1. Beredar dari tempat atau orang yang menyebabkan kemarahan. Misalnya percakapan seseorang kawan atau tindakkannya membuatkan kita marah. Jangan panjangkan urusan sebaliknya terus beredar dari situ. Tenangkan Diri...

2. Ikut nasihat yang diberi Rasulullah S.A.W.
  • Kalau sedang berdiri hendaklah kita duduk.
  • Kalau sedang duduk hendaklah kita berbaring. [Riwayat Ahmad]
Dalam hadis yang lain, seseorang lelaki berkata kepada Nabi S.A.W. " Berikan aku wasiat, " Baginda bersabda : " Janganlah engkau marah, " Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda : " Janganlah engkau marah, " [Riwayat al-Bukhari]

3. Apabila marah menguasai diri, cepat-cepat ingat bahawa akal dan pemikiran kita ketika itu tidak stabil. Setiap yang diputuskan lebih banyak salah daripada betul. Percakapan lebih banyak daripada perasaan dan bukannya hasil fikiran.

Lebih Teruk lagi berdasarkan kajian, setiap kali kita marah, sel antibiotik yang mengawal badan daripada dijangkiti penyakit akan jatuh merudum 10% sahaja.

Ini bermaksud, setiap kali marah badan kita mudah diserang penyakit. Sebab itu, kalau kita tengok drama televisyen, adegan marah dan sakit jangtung mesti dipadankan sekali..

4. Setiap kali hendak marah, fikirkan sama ada marah itu boleh selesaikan masalah atau tidak. Takut nanti orang yang dimarahkan tidak ada apa-apa, kita yang marah ini pula yang rasa sakitnya..



MARAH KERANA ALLAH


Kita boleh memilih sama ada marah keterlaluan, tidak marah ataupun boleh mengawal marah. Dan orang yang paling kuat antara kita adalah yang boleh menahan marahnya.

Perkara ini ada disebut dalah hadis yang berbunyi:
" Orang yang kuat bukanlah petinju, tetapi orang yang mampu mengawal diri ketika dia marah." 
[ Riwayat al-Bukhari]
Marah yang terpuji, ialah marah kerana Allah atas dasar kita tidak suka sesuatu yang juga tidak disukai Allah dan RasulNya. Pujuk hati dengan bersabar dan memaafkan serta berfikir bahawa manusia tidak terlepas daripada kesalahan.
Ini jalan keluar daripada perasaan tidak selesa yang berada di hati. 
Semoga Allah pelihara kita daripada marah yang bukan kerana Allah..
Amin.... 



















Yang baik datang daripada Allah dan yang buruk datang daripada kesalahn diri saya sendiri...

Selasa, 17 September 2013

La Tahzan InnaAllah Ma'ana



" mereka dah ada orang lain.. mane lah nak layan orang macam aku ni lagi. " 
" mereka dah ada penganti, mane ah nak kawan dengan aku lagi " 
" Jangan risau.. Allah selalu bersamamu " Iman dalam diri berkata

diri terasa kosong, terasa dipinggiri.. 
" Bersabarlah..Allah sedang mengujimu " 
" Ujian Allah tanda Kasih kepada kita "

" kenapa semua ini berlaku pada aku? kenapa aku kena tanggung semua ni? "
Ujian Allah itu indah. Terima dengan hati terbuka. Semoga aku kuat menempuh segala ujian dariNya "


YEAH!! BE STRONG!!  you are strong.. mana boleh kalah dengan permainan hati..


ALLAH BERSAMAKU,
ALLAH MELIHATKU,
ALLAH MENYERTAIKU....






Kadang-kadang kita lupa, setiap kali Allah menguji hambaNya dengan dugaan , kita sangka itu adalah musibah. Tapi itu sebenarnya adalah tanda Allah sayangkan hambaNya, sebenarnya Allah tu mahu dengar hambaNya memuji, meminta kepadaNya..

Ahad, 2 Jun 2013

Kisah Syafaat Nabi Muhammad S.A.W.



Ada seorg budak ni dia duduk dekat dengan Kaa'bah
sebelah dia ade seorang pak cik,
pak cik nie dari awal duduk dia baca Quran dia baca tasbih
dia baca tahlil dia baca zikir dia baca macam2,
sebab duduk lama, 3 jam nk baca Quran je x mampu
kadang2 mulut lenguh, jadi berhenti jap bace Al-Quran
Astaghfirllahal azim3x lama2 Astaghfirllahal azim jdi 
sebut bukan2, Lailahaillah3x Lailahaillah pun lama2 jd bunyi lain
Allah3x, pak cik nie dh berubah mcm2 zikir dia.

pakcik nie heran asal budak sebelah dia daripada mula
duduk tadi mulut dia Allahumma solli 'ala sayyidina muhammad wa 'ala ali sayyidina muhammad3x. selama 3 jam,
3 jam duk kata lagu tu je. pak cik nie tegur dia,
 " hai budak ade lg zikir laen lagi pasai apa hang asyik dok baca selawat je? "

jawab budak tu " aku ada seorang ayah, ayah aku meninggal dunia
dekat depan aku, masa ayah aku meninggal dunia
muka ayah aku berubah jadi warna hitam, 
aku menangis tgk ayah aku, aku menangis 
smpai aku letih smpai aku tertido 
dalam tido tiba2 aku mimpi datang satu lelaki
baju dia putih cantik bersih serban dia 
putih muka dia berseri cantik rupa paras dia
dia mari kat ayah aku, dia pegang muka ayah 
aku dia sapu muka ayah aku, ayah aku yang muka
dia berwarna hitam berubah menjadi warna putih
melepak bercahaya. "

aku tnya Dia " siapa kah gerangan Tuan Hamba?
maka kata Lelaki itu, " kamu tidak kenal aku wahai org muda " , maka kata budak ni " wallahi aku tidak kenal "  maka kata Dia " Akulah Muhammad S.A.W kerana ada ayah mu selawat ke atas aku 
diaa layak mendapat syafaat aku, maka aku bagi syafaat kepada dia ", 
sejak daripada peristiwa itu mulut aku x pernah berhenti baca selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W sebb aku mengharapkan syafaat daripada Nabi

Allahumma solli 'ala sayyidina muhammad wa 'ala ali sayyidina muhammad3x

15 Tips Meraih Syafaat Nabi Muhammad S.A.W. <--tekan link


sekadar perkongsian... dalam kelas bila ditanya siapa nok jupa Rasulullah.. semua angkat tangan kan..AllahuAkhbar!! semoga kita merupakan Insan yang terpilih utk mendapat Syafaat Nabi di Akhirat kelak.. Amin..

Yang baik datang daripada Allah,
dan yang buruk datang daripada kekhilafan diri saya sendiri

Assalamualaikum...

Rabu, 29 Mei 2013

Crush tu apa???

Assalamualaikum
Crush tu nape?? ok first keymah nampok perkataan terus search google translate..
hehehe.. i'm not good in english maa...
tau encik google translate habaq ape?
crush = menghancurkan, musnah

LOL!! x kan tu kot.. 
ayat budok nie punye lah bukan main
" siapa crush saya? "
hish!! x kan lah orang nok hancur kan budok nie plok
hahaha... bikin gempak lol!!
ok2.. panjang saya punya intro kali nie.. hehehe

Crush tu ape?
Crush adalah orang yang kita suka, orang yang selalu kita puji, orang yang kita sayang, cuma dia tak tahu yg kita suka dia, dan kita tak berani luahkan perasan kat dia, sebab tu kita panggil dia crush..

hukum menaruh hati kepada seseorang??
perasaan tu fitrah manusia . cuma diri kita sendiri yang tentukan ia akan jadi haram or halal *ayat mimoss*
ia juga melibat kan hati.. mohon fahami maksud zina hati ^^

ok.. tadi keymah gi skodeng blogger.. ( hobi)
tajuk entry ye Meluah Perasaan Tak Semestinya Couple *tekan link kalu nok bace
ayat bro nie memang mantap. perh!!! terkesima sat kita *gedik*

betul lah kate bro tu kan.. 
Kalau dah jodoh tak kan kemana, Kita merancang, Allah yang menentukan..
Allahuakhbar!!

Crush bagi keymah?? ( soalan nie gempak ok )
crush saya Kecik.. sape Kecik? Wan ZaharulNizam Wan Zakaria..
( mohon Fafa muntoh pink lepas bace nie ) hehehe..
ok jujur.. saya xdok crush.. sebab?? 
" janganlah kamu menghampiri zina " *cewah*
motif utama.. sebab keymah heart stone.. LOL!!
motif kurang utama ialah saya tidak suka menaruh harapan dekat seseorang.
sbb? saya rase awak ade otok dapat pikiq.. *kejam siot*

ok.. nie last.. mohon anda baca  Manual Cinta nie.. tu pun kalau rajin lah 







MOTIF????
mohon jangan terlalu taksub dengan CRUSH anda..
diulang.. MOHON JANGAN







Yang Baik datang daripada Allah, dan yang buruk datang daripada kesalahan diri saya sendiri..
tegur andai diriku terpeson dari jalan Allah..

Assalamualaikum..

Jihad Fi Sabilillah

Assalamualaikum

Sesungguhnya jihad fi sabilillah 
adalah suatu kisah kasih
suatu bahasa cinta
suatu panahan asmara
suatu lakaran kata
yang menusuk ke dalam jiwa..

Si mujahid gugup seketika
terpegun dek keindahan citra
yang memberiskannya
bersama mereka yang menikmati
halawatul iman
kemanisan yang dikecapi si mukmin
bersama saf syuhada' dan mujahid yang hidup dan mati
dalam rangkulan kasih Ilahi..

Sesungguhnya jihad fi sabilillah
mengangkat martabat peribadi
yang tidak jemu dengan kesungguh
demi kecemerlangandiri 
dan tamadun Islam dengan meneladani
Sunnah Rasul Rabbil ' Alamin..

- Prof  Hatta Shaharom, Gombak

Jihad ada banyak jenis,tetapi ramai yang menganggap fisabilillah cuma mengangkat pedang,yakni berperang. Tetapi maksud sebenar jihad adalah berjuang dalam segala aspek, iaitu melawan hawa nafsu, menuntut ilmu ,membangun ekonomi,mempertahankan agama dari sudut aqidah,maruah,kesucian dan kedaulatan, menyebarkan(dakwah), berkasih sayang sesama makhluk, menunaikan tanggungjawab agama dan pendek kata seluruh kehidupan ini adalah persediaan menuju akhirat dengan niat lillahitaa'la.

Allah berfirman di dalam Al-Quran yang mulia yang mafhumnya:
"Perangilah orang-orang yang tidak beriman dengan Allah dan Hari Kemudian, yang tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan Allah dan rasulNya dan tidak pula beragama dengan agama yang benar (iaitu) di antara ahli kitab kecuali mereka membayar jizyah dengan kepatuhan yang rela dan merasa diri mereka ditawan."  (At-Taubah:29)

"Perangilah orang-orang musyrik semuanya, sebagaimana mereka memerangi kamu semua"
(At-Taubah: 36)


Isnin, 8 April 2013

I heart Mom


Assalamualaikum

malam nie keymah nok share se cite.. cite nie keymah dapat pecebuk 
hehhee.. jemput bace dah hayati ape yang tersembunyi =)
------------------------------------------------------

Si anak memberikan sehelai kertas kpd si ibu..



1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
                          Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA 

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku : PERCUMA.

Si anak menitiskan air mata lantas memeluk ibunya


Apa pun yg kita buat tidak akan mampu membalas jasa ibu kita..
ingat.. jangan derhaka kat ibu bapa kita

 "Redha Allah terletak pada redha kedua-dua ibu bapa"
.Wallahualam.. tego klau keymah saloh ^^

'MOM ,The Great Women in our Life'
Along sayang Mok 
  Cinta ♥ Saranghaeyo  Aishiteru ♥  Jet'aime ♥ Te Amo 
♥ Uhibbuki ♥ Love ♥ Heart ♥ Woaini  

hehhe.. tu je yg keymah tau =3
ok.. Assalamualaikum 

Jumaat, 29 Mac 2013

April Fool

Assalamualaikum

pejam celik pejam celik sekejap je mase berlalu..bulan 3 dah nak habis.. 
alamak! sedih lah pulak.. *poyo*
hurm..secara automatiknye lah kan
PMR dah nak dekat.. Allahuakhbar!!

kalau sebut pasal bulan april nie kan mesti semua org tahu pasal 'April Fool' yg jatuh pasa 1 April
jeng jeng jeng.. berday buddyz keymah - Huda
2 april berday keymah.. ehem2.. pagi2 aku tunggu depan pintu bilik korg tuntut hadiah ea2..
so.. get ready!! hahha.. gurau je lah
hadiah x penting pun kan =3

SETIAP kali muncul tarikh 1 April, rakyat negara ini termasuk umat Islam beriya-iya nk sambut ‘April Fool’ dengan menggemparkan sanak saudara dan rakan taulan.yelah kan.. April Fool lah sangat *tangan ke bahu,mate k ats*


Selain `Hari Valentine’ yang sudah sinonim dengan masyarakat Islam negara ini lebih kepada soal berkasih- sayang, tapi`April Fool’ pula menjurus kepada berseloroh ataupun bergurau.

Bagaimanapun, ada cerita sedih kepada masyarakat Islam di sebalik `April Fool yang perlu dijadikan renungan dan dihentikan sambutannya.
Adalah dipercayai sambutan `April Fool’ mula dirayakan ketika kejatuhan Kerajaan Islam di Sepanyol.
Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera Kristian.
Penduduk Islam di Moors, Sepanyol terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri.
Tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan penganut Islam dari bumi Sepanyol, justeru, mereka membuat helah.
Mereka memaklumkan penduduk Muslim boleh berlayar keluar dari bumi Sepanyol dengan selamat bersama-sama barangan mereka dengan menggunakan kapal di pelabuhan.
Orang Muslimin yang risau sekiranya tawaran itu suatu penipuan pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal yang dimaksudkan.
Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokannya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah dikemaskan lalu menuju ke pelabuhan.
Pada masa itulah pihak Kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk Islam.
Penganut Islam juga tidak sempat menaiki kapal kerana semuanya musnah dibakar.
Pihak Kristian kemudian menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya, tidak kira lelaki, perempuan, serta anak kecil. Peristiwa berdarah yang meyedihkan itu kemudiannya diraikan tentera Kristian.
Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan saja di Sepanyol tetapi juga di seluruh duniasebagai `April Fool’s Day’.
Apa yang pasti setiap kali menjelang 1 April, sesetengah orang Islam begitu taksub dengan budaya `pandang ke Barat’ menjadi begitu sibuk sekali dengan kepala mereka penuh dengan senarai mangsa untuk dipermain-mainkan.
Kepala mereka juga ligat merangka bentuk ‘penganiayaan’ yang bakal dilakukan demi memastikan mereka puas melihat muka mangsa gurauan `April Fool’ mereka merah padam kerana dipermain-mainkan.
Bagaimanapun, kadang kala lawak `April Fool’ yang dilakukan boleh mencetuskan pergaduhan dan penyesalan yang berpanjangan.
Sebagai contoh kisah benar yang telah berlaku apabila seorang suami yang jahil mengenai agama, telah mengucapkan, “Aku ceraikan kau dengan talak tiga” pada isterinya dengan niat untuk melawak.
Isterinya yang pada mulanya terpinga-pinga terus meraung apabila suami dengan muka selamba kemudiannya mengucapkan `April Fool’.
Selepas itu, giliran suami pula meraung apabila diberitahu talak yang dilafazkan secara bergurau itu sebenarnya sudah pun jatuh dan dikira sah.
Apa yang menyedihkan ialah umat Islam di negara ini mudah mengingati sambutan pelik masyarakat bukan Islam terutama Barat tetapi lupa mengenai hari kebesaran hari di dalam Islam. Sampaikan hari nak menyambut Maulidur Rasul pon ada orang mempertikaikan. 

Kemungkinan kebanyakan masyarakat negara Islam di negara kita ni mungkin tak tahu kisah sebenar mengenai 'April Fool' dan sebab itu mereka masih sambut.  Tak rugi kalau kita sama2 sebarkan kepada semua umat Islam bahawa kita ni sebenarnya diperbodohkan dengan sambutan yang diraikan oleh orang barat walhal sebenarnya 'April Fool' ni sebenarnya adalah hari meraikan pembunuhan saudara Islam kita dan jika masih sambut "April Fool' ni samalah seperti kita mempersendakan Islam dan diri kita sendiri.


credit via saudara Haqim Mohamad
utube Ceramah UAI