Sabtu, 26 April 2014

16 tahun

Ada orang umur 16 tahun, 
dan kahwin.
Ada orang umur 16 tahun,
dah meninggal dunia.

Yup! itu lah yang dinamakan Jodoh. 
Jodoh dengan manusia mahupun kematian.
Dua-dua masih dalam rahsia Allah.

Tanya diri sendiri. Aku yang mana dulu nanti?


First entry untuk 2014. *erk*
dan sekarang pun dah akhir bulan April.
so?

I am 16 years old. Belum tua lagi. Masih dalam peringkat remaja. *eceh*
Sorry! tahun ni busy lah sikit. Al-maklumlah tahun depan dah jadi budak SPM *wow*
See. sekejap je masa berlalu kan. Kiamat pun dah makin dekat. *AllahuAkhbar*

Dan welcome to the world cousins
10 April dan 19 April.


ok dah. Salaam 'Alayk

Ahad, 29 Disember 2013

Kematian

Tertulis kematian,
Pada suratan kehidupan,
Namun hanya ALLAH yang tahu,
Bilakah ajal bakal bertemu.

Detiknya menghampiri,
Tanpa petanda yang menanti,
Bila tiba saatnya nanti,
Tak siapa dapat melarikan diri.

Itu hakikat dan kepastian,
Hadirnya tidak pernah kita alukan,
Tua dan muda, miskin dan kaya,
Semua insan pasti melaluinya.

Sakit dirasa tidak terkata,
Tika dipisahkan jiwa dari jasadnya,
Hanya amalan bisa redakan,
Bebanan derita di ambang kematian.

Denyutan nadi akhirnya terhenti,
Bersama nafas yang tak terhela lagi,
Kerana jiwa meninggalkan pergi,
Pulang kembali untuk menghadap Ilahi.

Dari ALLAH kita datang,
KepadaNya kita pasti pulang..

Detiknya pasti tiba
Adakah kita bersedia?

Sabtu, 9 November 2013

Senyum Terapi Diri




Antara kelebihan senyum adalah... 

1. Senyuman boleh meredakan kemarahan dan penyakit rohani yang kronik.

2. Senyuman akan merangsan kedua-dua belah otak  dan meningkatkan daya tumpuan.

3. Senyuman mampu mengaktifkan minda dan tubuh badan agar lebih relaks dan selesa.

4. Senyuman boleh mengelakkan daripada penyakit stress, tekanan darah tinggi dan sakit jantung.

5. Mulakan awal pagi dengan senyuman agar dapat meningkatkan motivasi hari.

Abdullah bin al-Harith menyebut : " Belum pernah aku melihat seseorang yang banyak tersenyum selain Rasulullah S.A.W. " - Riwayat al-Tarmizi



berdasarkan karangan diatas.. hehehe
  • sebagai seorang student seperti saya *cewah* untuk mengelakkan stress ketika belajar KITA WAJIBLAH SENTIASA SENYUM... 

  • dan untuk mengelakkan daripada anda terus dileteri oleh emak atau ayah anda akibat kelakuan anda yang entah apa2.. cuba nasihatkan parents anda supaya senyum jika tidak cepat kena darah tinggi.. 
eh!! haha

 


Ahad, 27 Oktober 2013

Rompakan Bank



Semasa rompakan di Guangzhou,China, perompak bank berteriak kepada semua orang di bank:

"Semua tiarap di lantai dan jangan melawan! Wang ini kepunyaan bank tapi nyawa anda adalah kepunyaan anda."

Semua orang dalam bank pun ikut arahan perompak tanpa melawan dan senyap.

*Ini dipanggil "berfikir di luar kotak." - berfikir lain daripada yang lain!

Apabila seorang wanita bertiarap di atas meja dengan gaya yang menggoda, perompak menjerit kepadanya: "Tolong bersopan! Ini adalah rompakan, bukan cubaan merogol!"

*Ini dipanggil sebagai "Profesional." - Fokus hanya pada apa yang anda dilatih untuk melakukan!

Apabila perompak bank kembali ke rumah, perompak muda (kelulusan MBA) memberitahu kepada perompak yang lebih tua (lulus darjah 6 sahaja): "Taiko, mari kita kira berapa banyak duit kita dapat."

Perompak tua menyangkal dan berkata: "kau ni bodoh! Terdapat banyak wang, sampai bila baru kita habis kira ? Malam ni kita nonton berita di tv, pasti kita akan tahu jumlah rompakan dari berita tersebut."

*Ini dipanggil "Pengalaman." - Kini, pengalaman adalah lebih penting daripada sijil kertas!

Selepas perompak telah beredar, pengurus bank itu mengarahkan penyelia bank untuk memanggil polis dengan cepat. Tetapi penyelia berkata kepadanya: "Tunggu Mari kita ambil $ 10 juta daripada bank untuk diri kita dan tambah kepada $ 70 juta yang kita sudah gelapkan dari bank!".

*Ini dipanggil "inovatif." - Menukar keadaan tidak menguntungkan untuk keuntungan anda!

Penyelia berkata: "alang kah baiknya jika rompakan berlaku setiap bulan. Dapat juga kita gelapkan duit"

*Ini dipanggil "berpandangan jauh." - merancang masa depan selangkah lebih awal!

Keesokan harinya, berita TV melaporkan bahawa $ 100 juta telah diambil dari bank. Perompak mengira, mengira dan mengira berulang kali, tetapi mereka hanya boleh mengira $ 20 juta.

Perompak sangat marah dan mengadu: "Cilaka! Kita mempertaruhkan nyawa kita dan hanya mendapat $ 20 juta tapi Pengurus bank pula mengambil $ 80 juta dengan hanya petikan jarinya, nampaknya lebih baik menjadi orang pintar daripada menjadi pencuri."

*Ini dipanggil " Pengetahuan." - pengetahuan kunci kejayaan hidup!

Pengurus bank itu tersenyum dan gembira kerana kerugiannya dalam permainan pasaran saham kini sudah dilangsaikan oleh duit rompakan itu.

*Ini dipanggil "sambil menyelam minum air." - mempergunakan peluang yang ada untuk mencipta peluang yang lain!

Persoalan : Siapa Perompak sebenar di sini ??? 

Sabtu, 26 Oktober 2013

4 Tips Kawal Marah

Sedikit perkongsian tentang tips kawal marah. hehe

1. Beredar dari tempat atau orang yang menyebabkan kemarahan. Misalnya percakapan seseorang kawan atau tindakkannya membuatkan kita marah. Jangan panjangkan urusan sebaliknya terus beredar dari situ. Tenangkan Diri...

2. Ikut nasihat yang diberi Rasulullah S.A.W.
  • Kalau sedang berdiri hendaklah kita duduk.
  • Kalau sedang duduk hendaklah kita berbaring. [Riwayat Ahmad]
Dalam hadis yang lain, seseorang lelaki berkata kepada Nabi S.A.W. " Berikan aku wasiat, " Baginda bersabda : " Janganlah engkau marah, " Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda : " Janganlah engkau marah, " [Riwayat al-Bukhari]

3. Apabila marah menguasai diri, cepat-cepat ingat bahawa akal dan pemikiran kita ketika itu tidak stabil. Setiap yang diputuskan lebih banyak salah daripada betul. Percakapan lebih banyak daripada perasaan dan bukannya hasil fikiran.

Lebih Teruk lagi berdasarkan kajian, setiap kali kita marah, sel antibiotik yang mengawal badan daripada dijangkiti penyakit akan jatuh merudum 10% sahaja.

Ini bermaksud, setiap kali marah badan kita mudah diserang penyakit. Sebab itu, kalau kita tengok drama televisyen, adegan marah dan sakit jangtung mesti dipadankan sekali..

4. Setiap kali hendak marah, fikirkan sama ada marah itu boleh selesaikan masalah atau tidak. Takut nanti orang yang dimarahkan tidak ada apa-apa, kita yang marah ini pula yang rasa sakitnya..



MARAH KERANA ALLAH


Kita boleh memilih sama ada marah keterlaluan, tidak marah ataupun boleh mengawal marah. Dan orang yang paling kuat antara kita adalah yang boleh menahan marahnya.

Perkara ini ada disebut dalah hadis yang berbunyi:
" Orang yang kuat bukanlah petinju, tetapi orang yang mampu mengawal diri ketika dia marah." 
[ Riwayat al-Bukhari]
Marah yang terpuji, ialah marah kerana Allah atas dasar kita tidak suka sesuatu yang juga tidak disukai Allah dan RasulNya. Pujuk hati dengan bersabar dan memaafkan serta berfikir bahawa manusia tidak terlepas daripada kesalahan.
Ini jalan keluar daripada perasaan tidak selesa yang berada di hati. 
Semoga Allah pelihara kita daripada marah yang bukan kerana Allah..
Amin.... 



















Yang baik datang daripada Allah dan yang buruk datang daripada kesalahn diri saya sendiri...

Selasa, 17 September 2013

La Tahzan InnaAllah Ma'ana



" mereka dah ada orang lain.. mane lah nak layan orang macam aku ni lagi. " 
" mereka dah ada penganti, mane ah nak kawan dengan aku lagi " 
" Jangan risau.. Allah selalu bersamamu " Iman dalam diri berkata

diri terasa kosong, terasa dipinggiri.. 
" Bersabarlah..Allah sedang mengujimu " 
" Ujian Allah tanda Kasih kepada kita "

" kenapa semua ini berlaku pada aku? kenapa aku kena tanggung semua ni? "
Ujian Allah itu indah. Terima dengan hati terbuka. Semoga aku kuat menempuh segala ujian dariNya "


YEAH!! BE STRONG!!  you are strong.. mana boleh kalah dengan permainan hati..


ALLAH BERSAMAKU,
ALLAH MELIHATKU,
ALLAH MENYERTAIKU....






Kadang-kadang kita lupa, setiap kali Allah menguji hambaNya dengan dugaan , kita sangka itu adalah musibah. Tapi itu sebenarnya adalah tanda Allah sayangkan hambaNya, sebenarnya Allah tu mahu dengar hambaNya memuji, meminta kepadaNya..

Ahad, 2 Jun 2013

Kisah Syafaat Nabi Muhammad S.A.W.



Ada seorg budak ni dia duduk dekat dengan Kaa'bah
sebelah dia ade seorang pak cik,
pak cik nie dari awal duduk dia baca Quran dia baca tasbih
dia baca tahlil dia baca zikir dia baca macam2,
sebab duduk lama, 3 jam nk baca Quran je x mampu
kadang2 mulut lenguh, jadi berhenti jap bace Al-Quran
Astaghfirllahal azim3x lama2 Astaghfirllahal azim jdi 
sebut bukan2, Lailahaillah3x Lailahaillah pun lama2 jd bunyi lain
Allah3x, pak cik nie dh berubah mcm2 zikir dia.

pakcik nie heran asal budak sebelah dia daripada mula
duduk tadi mulut dia Allahumma solli 'ala sayyidina muhammad wa 'ala ali sayyidina muhammad3x. selama 3 jam,
3 jam duk kata lagu tu je. pak cik nie tegur dia,
 " hai budak ade lg zikir laen lagi pasai apa hang asyik dok baca selawat je? "

jawab budak tu " aku ada seorang ayah, ayah aku meninggal dunia
dekat depan aku, masa ayah aku meninggal dunia
muka ayah aku berubah jadi warna hitam, 
aku menangis tgk ayah aku, aku menangis 
smpai aku letih smpai aku tertido 
dalam tido tiba2 aku mimpi datang satu lelaki
baju dia putih cantik bersih serban dia 
putih muka dia berseri cantik rupa paras dia
dia mari kat ayah aku, dia pegang muka ayah 
aku dia sapu muka ayah aku, ayah aku yang muka
dia berwarna hitam berubah menjadi warna putih
melepak bercahaya. "

aku tnya Dia " siapa kah gerangan Tuan Hamba?
maka kata Lelaki itu, " kamu tidak kenal aku wahai org muda " , maka kata budak ni " wallahi aku tidak kenal "  maka kata Dia " Akulah Muhammad S.A.W kerana ada ayah mu selawat ke atas aku 
diaa layak mendapat syafaat aku, maka aku bagi syafaat kepada dia ", 
sejak daripada peristiwa itu mulut aku x pernah berhenti baca selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W sebb aku mengharapkan syafaat daripada Nabi

Allahumma solli 'ala sayyidina muhammad wa 'ala ali sayyidina muhammad3x

15 Tips Meraih Syafaat Nabi Muhammad S.A.W. <--tekan link


sekadar perkongsian... dalam kelas bila ditanya siapa nok jupa Rasulullah.. semua angkat tangan kan..AllahuAkhbar!! semoga kita merupakan Insan yang terpilih utk mendapat Syafaat Nabi di Akhirat kelak.. Amin..

Yang baik datang daripada Allah,
dan yang buruk datang daripada kekhilafan diri saya sendiri

Assalamualaikum...